Tuesday, January 26, 2010

hmmm...



salam...

bila ada blog sindri nih.. kadang2 bila dah lama x update rasa macam bela ikan tak bagi makan pulak rasanya.. tul tak.. orang lain ada rasa camtu tak? biarlah.. bukan berdosa pun kan.. lain la kalau bela ikan sungguh n x bagi makan kan kan..

camana nak update cbok time praktikum nih.. maklum lah.. ada hari cbok sungguh.. ada hari plak wat wat cbok.. yang tensen tu hari disebokkan oleh orang lain.. kerja dia.. dia mintak kita tolong wat plak.. aduh.. nak menolak pun kita belum amik lesen besaq lagi.. kena terima jew la..

tapi x update pun x pa sbb mana ada sapa pun yang dok baca blog nih.. kecuali saya sorang je.. kira macam perasan sindiri la.. hehe.. kalau ada la yang termasuk lalu terbaca, untuk tidak mensia siakan klikkanya tuh.. di bawah ni ada la jugak sedikit peringatan buat diri dan anda semua...


Monday, January 11, 2010

Suatu Pagi di Tapak Perhimpunan Skola...

Salam 1 blogger..

eh! apa lak salam 1 blogger nih.. merapu sumer ni x payah.. salam 1 malaysia la.. kita pakai hak nih.. Assalamualaikum.. boleh pahala..

tak sangka nak wat posting ari nih.. saja dok belajaq wat iklan untuk http://www.stormreaders.net/hafiz maklumlah.. hehehe.. sambil2 tu ingat saja nak tulis ckit kat blog nih kan.. teringat la tadi ada amik sekeping dua gambaq masa perhimpunan kat sekolah.. jadi sambil wat iklan untu http://www.stormreaders.net/hafiz sambil2 la wat posting untuk blog buruk nih.. baca je la sapa nak baca hehe.. x de manfaat pun hehe..

Nak tengok tak camana suasana sekolah waktu ada perhimpunan.. hehe.. meh nak citer ckit.. mana la tau teringin nak tengok kan..



tuh gambaq masa dok turun lepas cikgu Ayob dah wat panggilan.. ewah.. macam panggilan kecemasan lak.. sebab apa cikgu Ayob kena wat panggilan tu? sebab budak2 cuti lama.. depa lupa kot hari Isnin ada perhimpunan.. nak lak budak2 darjah 1.. mana la diorang tau ada perhimpunan ka tak dak.. jadi al maklum sahaja lah.. bertaraboq la ckit..




wah.. ni lak gambar dari henset (koi dok rosak) ustat apit.. dah sah la tuan snap ni dok kat belakang hehe... malaih dok depan.. masa ni masih lagi dok suruh depa beratoq eloq2.. piat telinga satgi kot.. kata ustat apit kat beberapa budak yang nak tengok gambaq dlm henset.. (nasib baik bos x nampak)..



uiks.. nih apsal lak kat kantin nih.. lari tajuk ni.. kalau karangan pakai kena potong markah la.. eh..nnt dulu.. sapa kata lari tajuk.. nih beberapa murid yang terlupa nak pegi perhimpunan. tengah makan pagi.. maklum lah minggu lepas takda.. jadi kena la habaq kat depa.. hai muridku sayang.. jom pergi tapak perhimpunan.. perabih makanan tu cepat.. kalau tidak ustat perabih.. kataku dengan penuh nada lembut..

itu la dia.. di pagi hari sewaktu nak pergi perhimpunan.. ada lagi...



nih gambaq aiman.. aiman ni memang tak kesah.. aiman.. maafkan ustat kerana menggunakan gambaq aiman dalam blog n dalam esaimen ip ustat.. "takpa.. aiman x kesah" owh kalau x kesah bagozlah camtu.. hah! tunggu apa lagi.. pegi tapak perhimpunan cepat.. hak ni ustat kesah..

wa.. tamat dah citer suatu pagi di hari perhimpunan... sambung wat iklan untuk http://www.stormreaders.net/hafiz

korang pun kalau nak beli buku ka apa ka.. x payah susah susah pegi kedai.. beli je di sini.. http://www.stormreaders.net/hafiz kalau nak jadi pengedar pun boleh... boleh wat untung woooo... k jumpa lagi dalam posting akan datang..

Tuesday, January 5, 2010

Kedai Maya dah siap..


Salam.. hari ni dah siap kedai maya dari Stormreader..
yang beralamat di http://www.stormreaders.net/hafiz




baru je dapat login username ngan password.. kepada sesiapa
yang mencintai buku bolehla beli di sini http://www.stormreaders.net/hafiz

yang berminat nak jadi ahli atau pengedar pun boleh..

MENGAPA STORMREADERS?


Dalam menghadapi era globalisasi yang serba mencabar ini, berbagai cabaran baru timbul dan manusia perlu menghadapinya. Tambahan pula peningkatan bahan api telah mendedahkan mereka kepada kenaikan keperluan asas dan taraf kehidupan tanpa kawalan.

Menghadapi situasi ini jalan pintas menghadapi konflik ini, muslim tidak terkecuali perlu membuat keputusan, untuk mencari pendapatan sampingan bagi memenuhi keperluan hidup yang semakin meningkat. Kemunculan berbagai skim perniagaan termasuk skim cepat kaya yang telah diharamkan merupakan suatu isyarat kepada kecenderungan masyarakat menghadapi situasi ekonomi ini. Cuma bagi seseorang muslim, hendaklah dipastikan supaya penglibatan dalam skim perniagaan moden ini adalah sah dari segi undang-undang dan yang lebih utama lagi halal dari perspektif Islam.

Islam secara dasarnya meletakkan beberapa prinsip bagi menjadikan sesuatu kerja yang dilakukan bertepatan dengan syarak dan sekaligus dinilai sebagi ibadah, iaitu niat yang baik, perlaksanaan yang selari dengan kehendak syarak,natijah yang dihasilkan adalah baik selain dari larangan meninggalkan kewajipan-kewajipan yang asas dalam kerja-kerja yang terlibat.

Sebagai sebuah syarikat Islam yang prihatin kepada perkembangan semasa melibatkan umat Islam, Telaga Biru Sdn Bhd diwakili oleh Stormreaders merasai kepentingan mewujudkan rangkaian perniagaan baru yang jauh dari penganiayaan golongan tengah. Plan perniagaan yang dibangunkan ini secara dasarnya berdiri di atas prinsip yang dinyatakan Allah dalam al-Quran : Bertolong-tolonglah kamu dalam kebaikan …

Stormreaders sebenarnya merupakan sebuah anak syarikat kepada Telaga Biru Sdn Bhd, sebuah syarikat bumiputera Islam yang telah beroperasi sejak 1997 yang berpengalaman menerbitkan produk-produk Islam yang disampaikan oleh ikon-ikon terkenal Negara seperti Dato` Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah , Ustazah Siti Nor Bahyah , Zahazan Mohamed dan lain-lain dalam berbagai format melibatkan cenderahati, kaset, CD, VCD dan buku.

Sebelum meneroka perniagaan ini TBSB telah pun mengadakan kajian yg mendalam selama lebih dari dua tahun termasuk mendapatkan khidmat nasihat dan pandangan serta mengadakan muzakarah dengan alim ulama di kalangan golongan yang ahli dalam bidang mu’amalah syar’iyyah semasa dan ahli undang-undang serta ekonomi serta mereka yang berpengalaman mengendalikan perniagaan MLM. Ini bertujuan mengelakkan berlakunya kekaburan dalam urusniaga selain dari mempastikan ia bertepatan dengan prinsip muamalat Islam.

Bagi mempastikan aktiviti ‘network’ ini berdiri teguh dalam prinsip perniagaan Islam yang melayakkannya dinilai sebagai ibadah, yang bermula dengan niat , diikuti dengan jenis produk yang diniagakan, perlaksanaan yang bertepatan dengan aqad jual beli yang diperakui syarak yang jauh dari manipulasi dan gharar, Stormreaders turut menyediakan skim latihan susulan dalam bidang keusahawanan dan keagamaan untuk setiap ahli agar sentiasa istiqamah dengan niat yang dipasang di peringkat awal.

Stormreaders meyakini bahawa kebanyakan masalah yang menyerang umat Islam disebabkan kekurangan ilmu dan kekangan ekonomi , justeru produk yang difokuskan adalah berupa ilmu yang murni berpandukan buku-buku yang disediakan oleh mereka yang pakar dalam bidang masing-masing . Mudah-mudahan dengan usaha yang dibayangi dengan ukhuwwah dan persahabatan Islam ini dapat menamatkan pergantungan setiap ahli pada orang lain.

Malah lebih dari itu plan perniagaan ini bukan sahaja bermatlamat melahirkan usahawan yang berdikari , ia juga bertujuan melahirkan golongan elit muslim yang mempunyai taraf ekonomi yang lebih baik yang dengannya kebahagian dan keharmonian rumahtangga akan lebih dirasai.

Golongan dalaman yang akan sentiasa dinyalakan kelahiran Stormreaders juga disasarkan untuk merealisasikan kelahiran generasi yang teguh prinsip perniagaan Islam yang melayakkannya dinilai sebagai ibadah, yang bermula dengan niat , diikuti dengan jenis produk yang diniagakan, perlaksanaan yang bertepatan dengan aqad jual beli yang diperakui syarak yang jauh dari manipulasi dan gharar, Storm Readers turut menyediakan skim latihan susulan dalam bidang keusahawanan dan keagamaan bagi mempastikan setiap ahli

Ayuh ! sematkan dalam hati sanubari anda, bahawa dengan menyertai plan ini anda sebenarnya ingin memperbaiki gaya berfikir anda,memotivasikannya,meningkatkan ilmu,mengamalkan petua-petua dan doa-doa yang terdapat dalam amalan Nabi s.a.w,menjalin hubungan kekeluargaan yang lebih bahagia,berdakwah kepada orang lain,menjadi penasihat dan pembimbing kepada hidup yang lebih berkualiti…intipatinya adalah seruan Nabi s.a.w yang bermaksud : "Sampaikan dariku walaupun sepotong ayat !" ( Riwayat al-Bukhari )

Selamat Berjaya !

Plan perniagaan ini juga bertujuan ke arah melahirkan usahawan muslim yang mampu hidup mulia berdikari tanpa perlu bergantung kepada orang lain selari dengan pujian Nabi terhadap Nabi Daud a.s yang hidup mulia kerana bekerja sendiri. dan berjati diri serta mampu melakukan anjakan paradigma memperbaiki mentaliti kebergantungan kepada orang lain tanpa mengembangkan kemampuan diri yang sebenarnya.




Monday, January 4, 2010

7 kalimah sakti


Kepada sesiapa yang menghafal tujuh kalimat di bawah,
dia akan dipandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni
dosa-dosanya walaupun sebesar lautan...



1) Mengucap Bismillah pada setiap kali hendak
melakukan sesuatu.

2) Mengucap Alhamdulillah pada setiap kali selesai
melakukan sesuatu.

3) Mengucap Astagfirullah jika lidah tersilap atau tersasul
perkataan yang tidak patut

4) Mengucap Insya Allah jika merencanakan
sesuatu dihari esok.

5) Mengucap La haula wala kuwwata illa billah jika
menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.

6) Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika
menghadapi dan menerima musibah.

7) Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad
Rasulullah sepanjang siang malam sehingga tak
terpisah dari lidahnya. dari tafsir hanafi

mudah-mudahan ingat, walau lambat-lambat...
mudah-mudahan selalu,walau sambil lalu...
mudah-mudahan jadi bisa, kerana sudah biasa...